PENGETAHUAN UMUM

Prostate Enlargement / Kelenjar Prostat

Pengenalan

Prostat merupakan kelenjar seks yang terletak pada bahagian bawah pundi kencing yang terdiri daripada otot, kelenjar dan tisu terserat. Saiznya sebesar sebiji kacang walnut melingkari uretra. Ia berperanan merembeskan sebahagian cecair yang berfungsi untuk menyubur, melicin dan menghantar sprema yang dihasilkan.

Pada asasnya kelenjar prostat membesar mengikut rangsangan hormon 'testosteron'. Pembesaran ini boleh mengakibatkan beberapa masalah tertentu hingga menyebabkan penyumbatan pada saluran kencing.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Hiper plasia prostatik begingna (BPH)

Proses ketuaan seseorang individu menyebabkan prostat mereka membesar
Pembesaran tersebut dianggarkan antara 60 hingga 100 gram. Namun ada yang mencecah sehingga 200 gram
Akibatnya saluran kencing menjadi sempit dan sukar untuk pesakit membuang air kecil.


Prostatitis - Pembesaran yang berlaku akibat jangkitan kuman

Kanser - Kanser ini merebak di sekitar prostat ke tulang-tulang, belakang punggung atau lain-lain bahagian tubuh.

Punca penyakit:
BPH - Ketidakseimbangan hormon 'testosteron' yang mengakibatkan rangsangan kepada berlakunya pembesaran kelenjar prostat
Prostatitis - Jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian prostat menyebabkan berlakunya pembesaran prostat
Kanser prostat - Perubahan beberapa sifat sel-sel kelenjar prostat mengakibatkan ia terbentuk menjadi kanser

Sintom
'Irritative' - Pesakit kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam kerana tidak merasa kepuasan.
'Obstructive' - Terpaksa menunggu air kencing keluar dalam tempoh waktu tertentu sebelum membuangnya. Apabila ia keluar pengalirannya lemah, menitik-nitik dan meleleh-leleh. Aliran air kencing tak lawas.
Sakit pada pangkal kemaluan
Demam

Komplikasi:
Pendarahan dan infeksi selepas menjalani pembedahan
Port TURP sindrom iaitu pesakit menghadapi gejala keracunan terlebih air melalui kaedah endoskopi
Kencing tidak terkawal (incontinent)
Lemah nafsu
'Retrograde ejaculation' (menyebabkan air mani masuk semula ke dalam pundi kencing semasa hubungan kelamin)